Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM35 juta diperuntukkan bagi pembangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marak Parak, RM5 juta untuk SMK Tandek dan RM1 juta bagi menyediakan kemudahan infrastrukur di SMK Bandau.

“Peruntukan tersebut melibatkan pembangunan sekolah baharu, naik taraf kemudahan asrama, dewan terbuka, kelengkapan peralatan termasuk komputer dan perabot,” katanya ketika berucap merasmikan SMK Bandau di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.- UTUSAN ONLINE