Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu, Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM 4.9 bilion ringgit untuk TVET Malaysia bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing di semua institusi TVET yang kini telah dijenamakan sebagai ‘TVET Malaysia’ di bawah koordinasi Kementerian Sumber Manusia.

“Selain itu, Kerajaan akan menubuhkan ‘National Rail Centre of Excellence’ yang berperanan menyelia dan menyelaras jaminan kualiti serta akreditasi pendidikan serta latihan rel negara.

“Sebagai tambahan, syarikat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dengan kerjasama universiti awam (UA) akan melatih tiga ribu profesional dalam industri ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE