RM37.7 juta jualan terkumpul Mara Digital
Alexander Nanta Linggi

Lokasi berkenaan adalah di Mara Digital Menara Mara di Kuala Lumpur, Mara Digital Anggerik Mall di Shah Alam, Mara Digital Ipoh di Perak dan Mara Digital Kuantan di Pahang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, dua juta pengunjung juga telah datang ke seluruh Mara Digital setakat Januari tahun ini.

“Sebanyak 109 lot telah dimanfaatkan oleh 89 usahawan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd. Zohdi (BN- Sungai Besar) yang meminta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan prestasi perniagaan Mara Digital di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE