Tun Mahathir
Tun Mahathir 

“Petronas tidak akan memberi wang tersebut sekiranya ia menjejaskan operasi mereka. Mereka mampu memberikan RM30 bilion itu.

“Mereka pernah memberi kita RM80 bilion pada masa harga minyak berada pada AS$120 (setong). Kenapa RM30 bilion? RM30 bilion adalah kerana harga minyak berada pada AS$70 setong,” katanya apabila ditanya mengenai kesan pembayaran berkenaan ke atas operasi Petronas.

Beliau bercakap kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini, hari ini.

Dr. Mahathir menegaskan, Malaysia tidak bergantung kepada hasil minyak.

“Saya sudah nyatakan kepada mereka bahawa 80 peratus daripada eksport adalah barang-barang pembuatan yang dihasilkan dan bukan minyak. Kita tidak bergantung kepada minyak,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan awal bulan ini berkata, Putrajaya menjangka menerima hasil RM261.8 bilion tahun depan termasuk pembayaran dividen khas sebanyak RM30 bilion daripada Petronas.

Ini akan melonjak komitmen dividen keseluruhan Petronas kepada RM54 bilion untuk membantu kerajaan dalam pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan pemayaran balik cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion. - BERNAMA