Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade) Wilayah Selatan, Raphy Md. Radzi berkata, dana tersebut dikhususkan untuk syarikat dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, perdagangan, pelancongan dan teknologi maklumat.

“Antara negara yang berpotensi untuk diterokai pasarannya adalah di Afrika Selatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Misi Dewan Perniagaan Melayu Singapura (DPMS) ke Johor di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE