Dr. Ewo n Ebin.

Menterinya, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, dana tersebut disediakan bagi mencapai sasaran untuk mengkomersialkan sebanyak 360 produk inovasi berimpak tinggi dalam tempoh enam tahun akan datang.

“Dalam pembentangan belanja­wan baru-baru ini kementerian ini menerima peruntukan sebanyak RM1.3 bilion bagi pembangunan inovasi dan pengkomersialan yang mana kita sasarkan pada tahun ini, sebanyak 65 produk (R&D&C) akan dipasarkan dan menjelang 2020, sasaran sebanyak 360 produk dapat dicapai.

“Antara produk berinovasi tinggi yang dirancang melibatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sains, teknologi, bioteknologi dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar prapelancaran Persidangan dan Pameran Inovasi Ke­bangsaan 2014 (NICE 2014) di pe­jabatnya di sini hari ini.

Menurut Ewon, keutamaan pi­haknya adalah bagi menawarkan pro­duk yang berjaya dikomersialkan itu untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Katanya, untuk tahun ini, seba­nyak 58 produk berinovasi telah berjaya dikomersialkan manakala tujuh lagi produk akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Katanya, antara produk yang telah dipasarkan adalah Magic Zlate II, filem Upin & Ipin ‘Geng: Pengembaraan bermula’ dan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Pada masa sama, beliau berkata, menerusi peruntukan yang diberikan dalam belanjawan itu juga, satu inisiatif baharu iaitu jaringan penyelidikan awam dan swasta diterajui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bernilai RM50 juta akan dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas persidangan NICE 2014, Ewon berkata, program tersebut merupakan kemuncak kepada Tahun Pengkomersialan MOSTI (MCY2014)yang turut menganjurkan Persidangan dan Pa­meran Pengkomersialan MOSTI (MCCE) pada Ogos lalu.

Ewon berkata, persidangan selama tiga hari bermula Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu akan menyediakan pelbagai program menarik antaranya platform pengkomersialan teknologi, perkhidmatan maklumat dan promosi jualan.

“Pada Sabtu ini akan diadakan Malam Anugerah Inovasi Negara yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyampaikan empat anugerah utama iaitu anugerah inovasi, anugerah saintis muda, anugerah juru teknologi dan anugerah berprestij MIMOS.

“Selain itu, kita juga akan menganjurkan sebuah persidangan dengan mengetengahkan pengamal industri dalam dan luar negara seperti Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz; Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan dan Pengasas Pusat Sosial Inovasi, Prof. Dr. Josef Hochgerner,” katanya.