Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 190 projek atau 75 peratus projek terbengkalai yang berjaya disiapkan dari 2009 sehingga 28 Julai lalu.


Menurutnya, sepanjang tempoh sama, terdapat 253 projek perumahan swasta telah disahkan terbengkalai di seluruh Semenanjung.


“Sebanyak 15 projek atau enam peratus sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan atau pembinaan dan baki 48 projek atau 19 peratus sedang dalam perancangan awal pemulihan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. -UTUSAN ONLINE