Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, satu jawatankuasa akaun yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir ditubuhkan bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti.

Menurutnya, jawatankuasa itu akan memutuskan penggunaan wang THM mengikut tatacara yang termaktub di dalam arahan amanah akaun tabung berkenaan.

"Pihak Kementerian Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. 

"Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Guang Eng menambah, Kerajaan Persekutuan merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada THM.

Jelasnya, sumbangan tersebut mencerminkan kesetiaan dan kasih sayang mereka terhadap tanah air yang dicintai.

"Selain itu, ia memberikan semangat kepada kerajaan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah hutang yang diwarisi Kerajaan Persekutuan," katanya. - UTUSAN ONLINE