Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pewaris, terutama anak peneroka RTBB, layak membuat tuntutan terhadap dividen berkenaan walaupun ibu atau bapa mereka telah meninggal dunia.

"RISDA sebelum ini telah cuba menghubungi waris terbabit menerusi pelbagai cara termasuklah menerusi surat dan iklan dalam akhbar, namun masih tidak berkesan.

"Kita tidak mahu menyimpan dividen berkenaan lebih lama dan mahu memulangkannya kepada pewaris yang berhak," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen RTBB RISDA Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini, hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan RISDA Nasarudin Malek itu, seramai 662 pekebun kecil getah menerima wang dividen RTBB melibatkan peruntukan lebih RM1.4 juta. - BERNAMA