Ahmad Razif berkata, kegigihan anak kelahiran Dungun itu sehingga mencatat kejayaan luar biasa dalam arena sukan berbasikal dengan muncul sebagai juara Keirin Dunia turut memberi rangsangan yang amat bermakna bagi rakyat untuk turut mencipta 'cerita kejayaan'.

Menurut beliau, daripada jumlah ganjaran yang bakal diberikan, sebanyak RM100,000 dalam bentuk tunai manakala RM100,000 lagi dalam bentuk penajaan latihan.

Beliau mengumumkan demikian dalam majlis sambutan bagi meraikan kejayaan Azizulhasni, di Wisma Darul Iman di sini hari ini sejurus kepulangan juara itu ke negeri ini. Azizulhasni mencatat sejarah peribadi, juga bagi negeri dan negara setelah muncul sebagai atlet Malaysia pertama merangkul kejuaraaan dunia. - UTUSAN ONLINE