NOOR RASHID IBRAHIM
NOOR RASHID IBRAHIM 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sehingga kini sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram telah dikenal pasti dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Seramai 64 individu juga telah diambil percakapan termasuk Najib, anak perempuannya, Noor Najwa dan beberapa ahli politik lain.

"Setakat ini, semua individu dipanggil memberi kerjasama dan kita juga akan memanggil beberapa lagi individu lain untuk diambil keterangan," katanya. - UTUSAN ONLINE