Mereka terdiri daripada  penerima Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dalam program tradisi tahunan di bawah kendalian Yayasan Terengganu (YT).

Ini  termasuk 499 pelajar yang menerima insentif  hari ini melibatkan perbelanjaan RM358,300 dengan Anugerah Pingat Emas menyediakan ganjaran RM5,000 dan komputer riba, anugerah khas SPM (RM2,000), anugerah pelajar cemerlang SPM 2017 (RM500),  STPM (RM600), pelajar cemerlang STAM 2017 (RM600) dan Sekolah Terbaik SPM 2017 (RM10,000).

Kesemua pelajar itu menerima hadiah daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam majlis yang berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang; Pengarah YT, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan negeri, Syafruddin Ali Huss

Dua penerima Anugerah Pingat Emas YT 2017 ialah pelajar Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut, Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Abdul Malek, Muhammad Syauqellah Razali.

Muhammad Khairul Azri, anak kepada pasangan guru dari Kuala Terengganu memperoleh keputusan cemerlang 11A+ dalam SPM selain aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum termasuk di peringkat antarabangsa.

Muhammad Syauqellah yang berasal dari Kampung Gong Tok Nasek di sini  juga mendapat keputusan 11A+ dalam SPM tahun lalu di samping turut terlibat aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Sementara itu, Anugerah Sekolah Terbaik SPM 2017 diraih oleh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMYT) Besut, Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud, SMYT Kemaman, SMYT Kuala Berang, SMYT Kuala Terengganu, SMS Kuala Terengganu, Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan SMYT Dungun. - UTUSAN ONLINE