Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar ketika berucap di pelancaran Program Rakyat Sejahtera Parlimen Hulu Selangor di Pangsapuri Seri Chempaka, di sini hari ini.

“Pembaikpulihan ini merupakan salah satu daripada 12 projek yang telah diluluskan untuk Parlimen Hulu Selangor, melibatkan kos RM12.5 juta di bawah Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M),” katanya.

Terdahulu, Noh melakukan lawatan ke Projek Pembinaan Balai Bomba Bukit Sentosa dan tapak tanah Klinik Kesihatan Bukit Sentosa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, sebelum meneruskan lawatan ke Projek Pembinaan Jambatan Sungai Selangor di DUN Kuala Kubu Bharu dan lawatan ke Felda Soeharto di DUN Hulu Bernam. - UTUSAN ONLINE