Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya juga menemukan 37 beg yang berisi pelbagai barangan kemas dan jam tangan berjenama.

Jelasnya, buat masa ini jumlah anggaran barangan kemas tersebut masih belum diperoleh dan proses berkenaan akan dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Kita mendapati wang tunai dirampas itu membabitkan ringgit dan pelbagai mata wang asing. Pengiraan wang tunai tersebut memakan masa tiga hari dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) serta Bank Islam.

“Bagi nilai barangan kemas dan jam tangan pula kita belum dapat anggarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE