Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah tersebut RM50 juta adalah peruntukan kerajaan manakala RM50 juta lagi disumbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemasangan melibatkan 50,000 batang LJK di kampung-kampung seluruh negara ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 2.5 juta penduduk kampung.

“Lampu-lampu itu akan siap dipasang dalam jangka masa 10 hingga 14 minggu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan lampu Jalan Kampung Fasa 8 Negeri Johor di Padang Awam Bukit Mor, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim. - UTUSAN ONLINE