Ahli Parlimen kawasan itu, Budiman Mohd. Zohdi berkata, daripada jumlah keseluruhan dana itu, setiap penerima yang layak akan disalurkan bantuan sebanyak RM10,000 untuk tujuan berkenaan.

“Pemberian dana khas ini merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat,” katanya ketika ditemui Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong-royong Parlimen Sungai Besar di Tali Air 7 Sungai Leman, Sekinchan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai program gotong-royong itu, Budiman menyatakan ianya antara usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keselesaan kehidupan rakyat yang melibat kerjasama pelbagai agensi di bawah Stategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Program ini menggabungkan beberapa agensi seperti pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pelatih Giat Mara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi lain berkaitan,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE