Sumbangan dividen pertama sebanyak RM500 bagi setiap peserta itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini.

Adnan berkata, sumbangan hasil dividen daripada projek agropolitan dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar.

“Saya berharap sumbangan ini dapat menambah pendapatan penduduk di sini dan digunakan dengan sebaik mungkin,”katanya ketika berucap pada majlis penyerahan dividen berkenaan. - UTUSAN ONLINE