Ketua Pengarahnya, Datuk Anim Hosnan berkata, bagi sasaran tersebut, LPNM mampu menjana sebanyak 700,000 tan metrik pengeluaran nanas dengan nilai eksport kira-kira RM320 juta. 

“Setakat 2017, kawasan tanaman nanas sedia ada seluas 13,148 hektar dengan nilai pengeluaran sedia ada RM515 juta melibatkan nilai eksport RM138. 

“Bagi hala tuju 2020 menjadikan pengeluaran nanas sebagai sumber kekayaan baharu, kita berharap nilai pengeluaran dapat ditingkatkan sebanyak RM1 bilion dengan pekebun nanas MD2 menjana pendapatan hingga RM5,000 sebulan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan LPNM dan Ikrar Bebas Rasuah di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE