Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, daripada jumlah itu, Universiti Malaya (UM) mencatatkan kutipan tertinggi dengan RM1.6 bilion manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebanyak RM71 juta.

“Universiti awam juga mempunyai Tabung Wakaf untuk sumber pendanaan yang penting untuk kelestarian universiti.

“Setakat hari ini, jumlah kutipan Tabung Wakaf bagi 13 universiti awam berjumlah RM23.05 juta. Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM8 juta diikuti Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) sebanyak RM4.48 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Mastura Mohd. Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai jumlah universiti awam yang telah mewujudkan Tabung Wakaf dan Tabung Endowmen pada sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE