Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi merancakkan lagi usaha tersebut, beliau memohon RM3 juta daripada kerajaan Pusat.

“Kita percaya, peruntukan dan bantuan seperti ini akan sangat membantu program latihan kemahiran yang kita bangunkan untuk generasi muda Felda di Johor,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Felda Maokil, dekat sini sebentar tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Perana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE