Peruntukkan tersebut merangkumi 500 projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET),  pembangunan produk, premis perniagaan dan pemasaran, pameran dan promosi dengan matlamat mahu melahirkan kira-kira 2,000 usahawan baharu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob berkata, di Kelantan, RISDA memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta bagi tujuan tersebut  untuk dimanfaatkan oleh 67 usahawan di negeri ini.

“Sehingga kini, RISDA telah berjaya melahirkan seramai 2,503 usahawan di negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rissmart kelapan di Merbau Chondong, dekat Pulau Chondong di sini hari ini.

Yang turut hadir,  Pengarah RISDA negeri, Rusly Yaacob dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA,  Halimah Abd. Kadir.

Ahmad Jazlan berkata, selain Rissmart di Machang, RISDA telah membina sebanyak tujuh Rissmart di Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis  dan  Terengganu.

Katanya, tujuan penubuhan Rissmart adalah untuk memasarkan hampir 90 peratus barang keluaran usahawan RISDA secara langsung. - UTUSAN ONLINE