Beliau selaku Pengerusi JAC turut menyerahkan kepada suruhanjaya itu bagi mengisi beberapa kekosongan hakim persekutuan yang juga bakal bersara tahun ini.

"Saya serahkan kepada JAC. Perkara ini perlu dibincangkan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Hakim-Hakim Malaysia Kali Ke-53 2019, di sini hari ini.

Richard berkata demikian bagi sama ada beliau telah menentukan penggantinya sebagai Ketua Hakim Negara.

Richard telah mencapai usia 66 tahun dan tempoh perkhidmatan beliau telah disambung enam bulan pada sebelum ini.

Beliau sebelum ini adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak telah dilantik menggantikan Tun Md. Raus Sharif yang meletakkan sebagai Ketua Hakim Negara bermula 11 Julai lalu.

Dipercayai antara Hakim Mahkamah Persekutuan yang bakal mencapai usia 66 tahun adalah adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah.

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan seseorang hakim wajib bersara selepas berusia 66 tahun enam bulan. - UTUSAN ONLINE