Mangsa merupakan seorang wanita warga emas yang terkorban akibat tanah runtuh dan seorang lelaki yang kepalanya terhantuk kerana terjatuh atas jalan raya ekoran bekalan elektrik yang terputus.

Perkhidmatan Kajicuaca Negara memberi amaran angin kencang dengan kelajuan 65 kilometer sejam akan membadai pulau pelancongan Palawan hari ini.

``Rakyat negara ini amat bersedih ekoran tiga ribut melanda Filipina berturut-turut. Ramai yang terkorban malah penduduk tidak dapat berehat sejak perayaan Krismas lalu,’’ kata Pegawai Maklumat pulau Cebu, Gil Acosta kepada AFP.

Ribut tropika Tembin yang membadai pulau Mindanao bulan lalu menyebabkan 240 terbunuh manakala 47 orang terkorban akibat ribut tropika Kai-Tak yang membadai negara ini dalam tempoh yang sama. - AFP

habis.