Baginda bertitah, projek berkenaan merupakan hadiah daripada baginda untuk rakyat negeri ini.

“Semalam saya telah melancarkan satu projek perumahan yang istimewa menerusi Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp).

“Namun begitu, rumah ini akan ditawarkan kepada golongan yang betul-betul layak sahaja, iaitu mereka perlu melalui syarat pemilihan yang ketat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Istana Besar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE