Justeru, tidak hairanlah apabila kerajaan negeri mula memperkenalkan projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sejak 2013, sekali gus boleh diibaratkan ‘bulan jatuh ke riba’ oleh rakyat negeri ini.

Manakan tidak, harga semua kategori RMMJ, iaitu Rumah Komuniti Pakej A dijual de­ngan RM42,000, Pakej B bernilai RM80,000 dan RMMJ pada harga RM150,000 adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran hartanah sedia ada.

Harga tersebut dirasakan amat berbaloi jika hendak diambil kira dengan kos bahan binaan dan nilai hartanah khususnya dalam kawasan bandar yang semakin meningkat saban tahun.

Bagi kakitangan kerajaan, Ilham Jafrin peluang memiliki RMMJ adalah rezeki baginya dan isteri, Siti Aisah Md. Isa serta dua anak lelaki mereka berusia lima dan tiga tahun.

Mereka sekeluarga sebelum itu hanya menyewa di sebuah flat di Taman Pulai Perdana, di sini de­ngan kadar RM250 sebulan.

“Saya amat bersyukur kerana hasrat untuk memiliki rumah pertama akhirnya menjadi ke­nya­taan selepas permohonan saya pada 2011 diluluskan dua tahun kemudiannya.

“Secara jujur, sekiranya kerajaan negeri tidak membuat projek RMMJ ini, mungkin hingga kini kami sekeluarga masih lagi menyewa,” katanya ditemui Utusan Malaysia di RMMJ Taman Laman Indah, Pulai di sini baru-baru ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Azlan Aliff Kasiran tidak me­nyangka akan memiliki rumah sendiri pada usianya yang masih muda.

Dia dan isteri, Nurul Diana Kayat yang memohon RMMJ pada 2015 bersyukur apabila permohonan mereka diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor (Bahagian Perumahan) da­lam tempoh hanya dua bulan.

“Bagi saya ini adalah rezeki khususnya kepada golongan muda seperti kami. Jika tiada RMMJ, mungkin beberapa tahun lagi baharu kami dapat membeli rumah setelah mempunyai kewangan yang agak kukuh,” katanya.

Seorang suri rumah, Siti Zulia Md. Ismail, 34, turut bersyukur apabila penantiannya selama empat tahun untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenya­taan pada 2015.

Dia dan suami, Mohd. Shahril Baharudin serta sepasang anak berusia enam dan lapan tahun sebelum itu hanya menyewa flat di Tampoi, di sini dengan bayaran RM300 sebulan sejak 2009.

“Saya amat gembira kerana rumah RMMJ ini meskipun harga­nya jauh lebih murah berbanding harga pasaran, namun kualitinya tetap dijaga oleh pihak pemaju.

“Bukan itu sahaja, RMMJ turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti taman permainan, lot kedai dan ada tapak tanah untuk didirikan surau,” katanya.

Kerajaan 
negeri 
menyasar membina 100,000 RMMJ menjelang

tahun 2023

Mula dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada 2013 termasuk menerusi pemaju swasta dan 
anak syarikat milik 
kerajaan negeri

Rumah Komuniti Pakej A RM42,000, Pakej B RM80,000 
dan RMMJ RM150,000

Sebanyak 16,010 unit 
RMMJ siap dibina hingga kini

projek Rumah Mampu Milik Johor