Malah, kegembiraan penyanyi berusia 38 tahun itu turut berganda apabila dinobatkan sebagai Celebrity Entrepenuer of The Year dari Yayasan Usahawan Malaysia baru-baru ini.

Siti ketika dihubungi Utusan Online menzahirkan rasa kesyukuran atas penghargaan yang diberikan kepadanya dan menganggap rezeki bayi yang sedang dikandungkan.

“Kejayaan saya terpilih sebagai Celebrity Entrepreneur Of The Year dari Yayasan Usahawan Malaysia juga adalah suntikan semangat saya untuk terus memperjuangkan perniagaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apa yang saya seiringkan adalah dalam apa jua yang dilakukan sama ada dalam kehidupan, kerjaya seni dan perniagaan, kerja keras, bersemangat, menetapkan hala tuju serta sentiasa memberikan yang terbaik adalah falsafah yang saya pegang ke hari ini.

“Ini juga rezeki bayi yang dalam kandungan saya, Alhamdulillah. Selain itu, ia memberikan saya semangat untuk terus mengembangkan empayar perniagaan SimplySiti serta Creacion By Siti Nurhaliza pada masa akan datang,” katanya. - UTUSAN ONLINE