Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelan pembangunan pendidikan berkenaan memberi penekanan kepada pendidikan vokasional yang membantu penuntut membuat persediaan kerjaya yang memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu.

“Langkah Malaysia melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan menghadapi cabaran revolusi adalah satu tindakan ke hadapan.

“Rangka kerja dan tindakan ini sangat baik bukan sahaja untuk masa depan tetapi juga keperluan semasa yang mana kita memerlukan institusi pendidikan tinggi lebih fleksibel dan lebih bersedia untuk masa depan,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kolej Komuniti Cawangan Maran di sini, hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz.

Kolej Komuniti Maran merupakan Kolej Komuniti ke-11 yang ditubuhkan di negeri ini dengan menawarkan program sepenuh masa Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - UTUSAN ONLINE