Dalam operasi yang dilakukan oleh Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), premis berkenaan diberi notis selama dua minggu untuk ditutup sehingga 16 September depan.

Perintah penutupan premis itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Setiausaha MPKB-BRI, Hazmi Abdul Hamid berkata, operasi yang melibatkan kekuatan seramai 60 anggota itu turut melibatkan anggota Jabatan Kesihatan daerah serta Bahagian Kesihatan Awam dan Jabatan Pelesenan pihak berkuasa tempatan tersebut.

“Hari ini kita akan melakukan pemeriksaan terhadap 14 premis di sekitar daerah ini untuk dikenal pasti tahap kebersihan serta diberi penggredan sama ada A, B, C atau diberi notis untuk ditutup sementara.

“Pemeriksaan ini merupakan Operasi Bersepadu Penutupan Premis Makanan di kawasan MPKB-BRI yang bertujuan memberi kesedaran kepada para peniaga agar menjaga kebersihan premis dan makanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi penarafan gred A di premis makanan di Hotel Jewels di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE