Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya melakukan perbandingan sebelum dan selepas 1 Jun lalu yang sekali gus mendapati harga diletakkan masih tidak munasabah meskipun GST kini berkadar sifar.

“Sehubungan itu, pihak kementerian akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasan bagi mengesan restoran mamak yang degil.

“Jika berlaku perlanggaran undang-undang yang ketara, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan segera kepada restoran terlibat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini hari ini.

Sementara itu, Saifuddin Nasution memaklumkan berkata, pihaknya akan merangka dasar pembaziran sifar yang merangkumi polisi mengurangkan ketirisan subsidi barangan keperluan pengguna.

Katanya, dasar itu juga mengandungi polisi bank simpanan makanan di mana pasar raya akan mengagihkan lebihan barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan.

“Dasar ini masih di peringkat kajian termasuk daripada segi pengubalan undang-undang bagi menjamin pelaksanaannya,” katanya. - UTUSAN ONLINE