Perkara itu dikesan dalam Operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati hotel berkenaan telah melanggar syarat-syarat pensijilan halal di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 menerusi perkara 4.8 (XV) iaitu permohonan yang tidak layak memohon ialah hotel yang mempunyai dapur menyediakan menu berasaskan babi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd. Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menasihatkan setiap pemegang sijil halal mematuhi peraturan yang ditetapkan. - UTUSAN ONLINE