Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Respon positif kuota haji

PUTRAJAYA 27 Feb. – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memberikan respon amat positif berhubung permintaan Malaysia supaya kuota haji ditambah sehingga 30,000 jemaah tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baginda memaklumkan yang permintaan itu perlu diberi pertimbangan secara lebih mendalam.

“Dari segi peranan Raja Salman sebagai Penjaga Dua Masjid Suci, sudah tentu pengurusan jemaah haji adalah satu perkara amat penting dan sentiasa diberi perhatian utama oleh kerajaan Arab Saudi.

“Malaysia amat berterima kasih terhadap penambahan kuota terhadap penambahan kuota kira-kira 30,000 jemaah pada tahun ini.

“Atas permintaan kita untuk menambah kuota tersebut, Raja Salman amat positif dan menyatakan bahawa perlulah diberi pertimbangan secara lebih mendalam,” katanya.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana di sini hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain