Ketua Peneroka Felda Lurah Bilut, Md. Zulkifli Md. Yunus berkata, Muhamad Hafizudin yang menderita penyakit jarang ditemukan itu dan terlantar sejak Mei lalu meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam.

“Jenazah dimandikan di Hospital Bentong dan dibawa pulang ke rumahnya pada pukul 4 pagi ini.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lurah Bilut sebelum solat Zohor hari ini,’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan penderitaan Muhamad Hafizudin yang terlantar selepas disahkan mengalami tumor saraf.

Akibat menghidap penyakit jarang jumpa itu, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bilut di sini tersebut terlantar di rumah dan terpaksa menahan kesakitan setiap hari. - UTUSAN ONLINE