INTAN NURSYAHIRA ROSLAN
INTAN NURSYAHIRA ROSLAN

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, remaja tersebut, Intan Nursyahira Roslan, 13, pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 2 pagi.

“Remaja itu pulang ke rumah keluarganya dalam keadaan selamat, tiada kecederaan apa-apa, malah ibunya turut memaklumkan perkara itu kepada polis dan kita mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Remaja berkenaan dipercayai keluar bersiar-siar dengan rakannya di sekitar Muar dan Melaka sejak dia keluar rumah Jumaat lalu. Polis mengandaikan kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Akhbar hari ini melaporkan, sebuah keluarga buntu apabila remaja tersebut dipercayai hilang sejak keluar dari rumahnya di Taman Rambai, Parit Buaya kira-kira pukul 5 petang.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong itu difahamkan memberitahu keluarganya untuk ke rumah rakannya yang terletak tidak jauh dari rumah mereka bagi menyiapkan kerja sekolah. - UTUSAN ONLINE