Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, remaja berkenaan Nur A’liyah Haslan dipercayai mengikut rakannya ke Kuala Lumpur/

"Bapa mangsa sudah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil remaja terbabit selepas dia dikesan berada di sana oleh orang ramai.

"Polis menganggap kes ini sudah selesai susulan penemuan remaja tersebut dan dia disahkan berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Utusan Online hari ini melaporkan, Nur A’liyah dilaporkan hilang selepas motosikal jenis skuter SYM ditunggangnya ditemukan dalam keadaan terbalik berhampiran persimpangan masuk Estet River, Yong Peng kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam.

Remaja berkenaan sepatutnya keluar dari rumahnya di Taman Berjaya, di sini untuk menghadiri ujian berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sambil ditemani seorang rakan. - UTUSAN ONLINE