Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, anggota Rela tidak tertakluk sebagai pengundi pos dan dakwaan berkenaan telah menyalah erti kategori Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR).

Katanya lagi, SPR telah menetapkan kategori-kategori tertentu termasuk polis dan tentera sebagai pengundi pos namun jumlah sebenar pengundi berkenaan hanya dapat ditentukan selepas semua permohonan dibuka dan diterima.

"Dalam hal ini SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE