Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, angka tersebut mengatasi jumlah pengunjung MSAM 2010 di Kuching iaitu 187,000 orang.

“Kali ini penganjuran MSAM mendapat sambutan hebat masyarakat Sibu dan juga kawasan sekitarnya.

“Sejak hari pertama hinggalah hari keenam, lebih 200,000 pe­ngunjung telah direkodkan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sepanjang sembilan hari acara tersebut sehingga Isnin ini, pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dan pameran dianjurkan yang disertai 40 peserta pameran terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), badan kawal selia serta agensi kerajaan dan swasta.

Para pengunjung masih berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Perodua Axia Advance, Kawasaki Ninja dan MacBook Air selain motosikal dan pelbagai barangan elektrik.

Secara keseluruhan, dalam tempoh 15 tahun MSAM dianjurkan, program tersebut telah memberi pengetahuan berguna berkaitan pengurusan kewa­ngan kepada 2.8 juta pengunjung.

Sementara itu, tapak MSAM 2015 tetap dibanjiri para pengunjung walaupun hujan lebat hampir sepanjang hari selama dua hari berturut-turut.

Orang ramai boleh mengunjungi MSAM 2015 yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari kecuali Isnin ini ditutup pukul 2 petang.