Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ini merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani masalah golongan B40 yang sukar mendapat kelulusan bank bagi membeli rumah pada masa depan.

"Saya sudah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara semalam bagi memikirkan cara membantu golongan B40 membuat pinjaman perumahan menggunakan rekod bayaran balik yang baik sebagai bukti.

"Mereka boleh mendapatkan rekod bayaran sewa secara konsisten itu daripada kerajaan negeri sebagai dokumen untuk membuat permohonan pinjaman. Ini bagi memudahkan mereka yang kebanyakannya tidak mempunyai penyata gaji dan bekerja sendiri," katanya kepada pemberia dalam Majlis Penyerahan projek perumahan rakyat (PPR) Uda Utama, di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, Zuraida turut berkesempatan menyampaikan sijil tawaran penyewaan rumah sewa kerajaan kepada Noor Nadia Kamaludin iaitu isteri kepada seorang anggota bomba yang lemas di sebuah lombong di Puchong, Selanfor pada 3 Oktober lalu dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun. - UTUSAN ONLINE