redha
 

Hasil arahan Tunku Mona Riza, filem itu memenangi Anugerah Khas bagi Nilai-nilai Sosial Universal, manakala seorang daripada pelakonnya, June Lojong, dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

"Saya sungguh gembira dengan kemenangan ini dan berharap ia akan membawa Redha ke peringkat lebih tinggi, menjadikannya setanding dengan filem antarabangsa lain mengenai autisme.

"Filem ini mengisahkan tentang dugaan dan keperitan yang dialami ibu bapa yang mempunyai anak autisme," katanya di sini hari ini.

Filem yang diterbitkan oleh Haris Sulong itu berkisar tentang kehidupan pasangan suami isteri, Alina dan Razlan, yang sukar menerima hakikat bahawa satu-satunya anak lelaki mereka, Danial, menghidap autisme dan masalah mereka untuk memahami keadaan mentalnya. - BERNAMA