Perasmian pejabat antarabangsa yang terletak di Pusat Latihan Pembedahan Termaju (ASSC) Hospital Canselor Tunku Mukhriz Pusat Perubatan UKM (HCTM PPUKM) itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, ASSC akan bertindak sebagai hab bagi sebarang aktiviti RCSEd termasuk menjadi hab pendidikan, latihan, program penilaian serta kerja-kerja amal di rantau ASEAN.

“Pusat ini akan melatih pakar bedah menggunakan teknologi termaju sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 dan kita berharap kerjasama antara UKM dan RCSEd ini akan melahirkan pakar bedah yang berkemahiran tinggi di samping dapat menghasilkan penemuan-penemuan baharu yang besar.

“Untuk permulaan, kami bangga untuk mengumumkan bahawa setakat ini kita mempunyai 600 ahli RCSEd warga Malaysia sebagai sebahagian daripada kolej kita,” katanya dalam ucapan semasa majlis perasmian pejabat antarabangsa RCSEd di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE