Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RBC diperluas jadi rancangan realiti

Penerima anugerah RBC bagi kategori Pengembangan  Perniagaan
Penerima anugerah RBC bagi kategori Pengembangan Perniagaan bergambar dengan Ismail Sabri Yaakob.

KUANTAN 13 Mei – Program Rural Business Challenge (RBC) akan terus diperluaskan kepada rancangan realiti yang bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta bermula Ogos hingga November ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerbitan rancangan tersebut di kaca televisyen bertujuan menarik minat lebih ramai belia luar bandar untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Program RBC 2017 menyasarkan golongan belia berusia 18 tahun ke atas yang memiliki idea-idea perniagaan berdaya saing serta mempunyai potensi untuk dikembangkan.

“Idea baharu yang diilhamkan para peserta dalam rancangan RBC 2017 juga akan dinilai oleh empat usahawan selebriti selaku juri serta para penonton menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS),” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada 77 usahawan belia luar bandar menerusi Majlis Anugerah RBC di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Keusahawanan Desa) Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datin Seri Elena Ching Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Menurut Ismail Sabri, program realiti televisyen ini adalah untuk membuka minda golongan belia luar bandar supaya berminat menceburi bidang keusahawanan serta dapat belajar banyak perkara baharu dalam dunia perniagaan.

“Bermula 18 Mei ini, penca­rian bakat akan dimulakan di Alor Setar, kemudian di Kuantan (20 Mei), Melaka (21 Mei), Kota Kinabalu (30 Mei), Kuching (1 Jun) dan Kuala Lumpur (3 Jun).

“Pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan geran perniagaan yang diberi secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun,” jelasnya.

Menurut beliau ketika me­ngulas lanjut, RBC mula diper­kenalkan pada 2012 dan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengembangan perniagaan dan idea perniagaan yang menyasarkan golongan belia luar bandar tidak lebih usia 40 tahun.

“Setiap peserta mesti memiliki kemampuan untuk melimpahkan kebaikan daripada perniagaan mereka kepada penduduk di kampung.

“Kita juga sentiasa memberi galakan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam industri hiliran seperti pembuatan menggunakan kaedah moden,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut berharap untuk melihat kawasan luar bandar menjadi pilihan utama kepada golongan belia menikmati kehidupan selesa berbanding menjalani hidup di bandar-bandar besar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain