Rayuan UPUONLINE lepasan STPM/setaraf bagi sesi 2018/2019 dibuka hingga 6 Ogos
Rayuan UPUONLINE lepasan STPM/setaraf bagi sesi 2018/2019 dibuka hingga 6 Ogos

Rayuan dibuka selama lima hari bermula pukul 12 tengah hari semalam, 31 Julai sehingga 6 Ogos hadapan dan ditutup pada pukul 11.59 malam.

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU dengan masuk ke pautan rasmi http://upu.mohe.gov.my dan terdapat empat langkah atau kaedah untuk mengemukakan rayuan perlu diikuti.

Perayu perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuka laman tersebut, memilih empat program yang ingin diikuti, klik sah serta hantar dan cetak slip permohonan tersebut.

Rayuan permohonan sah hanya untuk kemasukan ke universiti awam dan Politeknik Premier. – UTUSAN ONLINE