Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin selepas mendapati rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha kementerian itu, tiada mertit. 



Mahkamah tersebut sehubungan itu memerintahkan supaya taksiran ganti rugi yang layak diterima The Edge Communications dibuat di Mahkamah Tinggi. Pengurusan kes tersebut ditetapkan esok. 



KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan dari 27 Julai 2015 berkaitan laporannya mengenai isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).



Bagaimanapun perintah itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 21 September 2015 selepas membenarkan permohonan The Edge untuk semakan kehakiman.  -UTUSAN ONLINE