Shamsun Baharin
SHAMSUN BAHARIN

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Bahrin Mohd. Jamil, angka itu diperoleh hasil Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah (KPKT) oleh SPRM di kalangan 1,000 mahasiswa di seluruh negara tahun lepas.

"Angka ini membimbangkan kerana kajian tahun 2015 menunjukkan 10.7 peratus dan tahun sebelumnya (2014) 11.3 peratus sahaja pelajar yang menyatakan kesanggupan menerima rasuah," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus universiti itu di sini, hari ini.

Seramai 15 dekan dan ketua jabatan UniMAP menandatangani dan melafazkan IBR diketuai Naib Canselornya, Datuk Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang turut disaksikan pengarah SPRM Perlis, Yaacob Angah.

Kajian tersebut juga mendapati 18.2 peratus pelajar yang ditemui bersedia memberi rasuah agar mereka tidak dikenakan tindakan iaitu peningkatan sebanyak 0.8 peratus daripada 17.4 peratus pada tahun 2015, kata Shamsun Bahrin.

Beliau menambah, kajian juga mendapati jumlah pelajar yang sanggup melaporkan kes rasuah merosot kepada 66.3 peratus berbanding 74.1 peratus pada 2015 dan 74.9 peratus pada 2014.

"Saya ingin mengingatkan, tak usah takut memberi maklumat kerana identiti pemberi maklumat dilindungi di bawah undang-undang Akta Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi," kata Shamsun Bahrin.

Katanya data SPRM daripada 2011 hingga sekarang menunjukkan hanya 162 individu berani tampil memberi maklumat berkaitan kes rasuah kepada agensi itu. - BERNAMA