Menurut kenyataan pihak polis, siasatan dilakukan oleh anggota polis skuad jenayah berat dan rasuah namun tidak memberi maklumat lanjut tentang siasatan itu.

Netanyahu sebelum ini telah disoal siasat sebanyak empat kali berhubung skandal rasuah itu.

Beliau disyaki menerima hadiah mewah daripada penyokongnya yang kaya termasuk ahli perniagaan Israel dan penerbit filem Hollywood, Arnon Milchan yang merupakan rakannya. - AFP