“Simposium ini menjadi platform yang sangat baik bagi negara bersekutu berkongsi pengalaman dan idea untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan dunia khususnya dari segi aspek keselamatan maritim,” katanya dalam sidang akhbar sempena penganjuran RAS-16 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden USNWC, Laksamana Muda Jeffrey A. Harley.

Simposium tersebut berlangsung selama tiga hari mula 27 Februari sehingga 1 Mac dengan melibatkan pegawai tentera laut dari 12 negara termasuk Malaysia yang pernah mengikuti pengajian di UNSWC.

Ahmad Kamarulzaman menambah, seramai lima pegawai TLDM terlibat dalam simposium tersebut sebagai penceramah, moderator dan pembentang.

Katanya, pembentangan yang dilakukan oleh moderator TLDM mengenai Program Transformasi ‘15 to 5’ Armada TLDM berjaya menarik minat para alumni USNWC yang kagum dengan pelan pembangunan tersebut.

Sementara itu, Harley berkata, beliau kagum dengan visi yang jelas terhadap Program Transformasi ‘15 to 5’ Armada TLDM yang berjaya menangani tekanan kelembapan ekonomi dunia.

Menurut beliau, Malaysia masih mampu menentukan pelan pembangunan dengan penuh terancang dengan mengoptimumkan sumber sedia ada dengan pendekatan secara inovatif.

“Selain itu, kita juga turut berpeluang untuk berbincang mengenai cabaran yang dihadapi maritim dalam menjaga keselamatan negara masing-masing,” katanya.

/habis