Rantai leher yang dikenali sebagai `Art of de GRISOGONO, Creation 1’ mempunyai berlian segi empat tepat dengan berat 163.41 karat.

Berlian putih itu ditemukan di Angola pada 2016.

Pusat lelongan Christie dalam satu kenyataan berkata, pembeli yang namanya tidak didedahkan membuat bidaan itu menerusi panggilan telefon, malam tadi. - REUTERS