Othman Aziz
Othman Aziz

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, pindaan itu bagi membolehkan pelaksanaan langkah percu­kaian yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak dalam Bajet 2018, Oktober lalu.

“Di samping itu, pindaan rang undang-undang ini antara lain bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan bagi menjalankan penambahbaikan pentadbiran cukai.

“Walau bagaimanapun, pindaan rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan,” katanya ketika menggulung rang undang-undang berkenaan yang kemudiannya diluluskan Dewan Negara.

Dalam persidangan yang sama, dua Rang Undang-Undang turut diluluskan di bawah kementerian tersebut iaitu Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017 dan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017.

Othman berkata, Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 bertujuan mengadakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik antara kerajaan dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Beliau berkata, kementeriannya turut mencadangkan supaya kerjasama antara kedua-dua pihak itu dilaksanakan bermula tahun depan.

“Melalui pindaan rang undang-undang ini, pertukaran maklumat dapat diperkemas dan kerjasama aspek pungutan cukai yang lebih efektif berdasarkan maklumat pembayar cukai yang lebih tepat dan terkini, dapat diwujudkan,” katanya.