Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, berikutan itu beliau mahu menubuhkan Lembaga Tenusu bagi membudayakan rakyat negara ini terutama kanak-kanak generasi Tansformasi Nasional 2050 (TN50) meminum susu segar.

"Bagi menjayakan agenda tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengetuai lembaga itu agar dapat memacu pembangunan industri tenusu negara.

"Selain itu, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) perlu dilibatkan bagi mengembangkan industri tenusu secara holistik dan bersepadu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE