‘Lima kuasa besar’ itu meru­juk kepada negara-negara ang­gota tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. dan mempunyai kuasa veto. Mereka ialah Amerika Syarikat, Britain, Pe­rancis, Rusia dan China.

Selepas kembali semula di PBB setelah 15 tahun, beliau menyatakan rasa kecewa de­ngan PBB kerana gagal membawa reformasi terhadap sistem veto itu.

“Saya berharap dapat memalukan mereka sehingga melepaskan kuasa veto mereka. Masyarakat hendaklah memberitahu mereka ia adalah amat tidak demokratik,” katanya kepada media Malaysia di sini, Jumaat.

Dr. Mahathir berkata, kuasa besar di PBB tidak layak untuk bercakap mengenai perubahan rejim di negara lain “jika anda sendiri tidak boleh berikan kami sedikit demokrasi dalam sebuah badan antarabangsa.”

“Ia suatu yang tidak elok, ia hipokrit. Pada satu pihak anda kata mereka semua mesti demokratik, dan anda menye­babkan perubahan rejim dan begitu banyak peperangan si­vil untuk mempertahankan de­mokrasi.

“Tetapi di sini, apa yang perlu anda lakukan hanyalah serahkan kuasa veto anda tetapi tidak gembira untuk melakukannya,” katanya.

Dr. Mahathir ditanya me­ngenai harapan beliau selepas menyampaikan gesaan terbaru beliau agar sistem veto PBB diperbaharui.

Dr. Mahathir mencadangkan agar veto itu bukan setakat oleh satu anggota tetap sahaja tetapi sekurang-kurangnya dua dan di­sokong oleh tiga anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung itu pula menyokong keputusan itu de­ngan majoriti mudah.

“Banyak perkara menjadi semakin teruk. Pada 2003 tidak ada peperangan di Timur Te­ngah meskipun terdapat hanya perang Iraq tetapi tidak me­rebak luas. Kini kita menyaksikan perang di Yemen, Syria dan keseluruhan masalah mengenai rakyat Palestin dinafikan hak di negara mereka sendiri masih berlaku, dan ia agak buruk,”katanya. – BERNAMA