Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya juga terbuka untuk bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan sekiranya terdapat kesalahan yang menyalahi undang-undang membabitkan agensinya.

“Sejak saya ambil alih kementerian sebagai Menteri, saya arahkan audit dilakukan terhadap semua agensi dan meminta pegawai menyiasat segala salah laku.

“Ini merupakan sesuatu yang saya harapkan dan sekiranya berlaku penyelewangan, manipulasi atau salah guna kuasa biar undang-undang yang mengambil tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Melawat Projek Ternakan Lembu Fidlot dan Program Sembang Tani di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Abdul Jalil Bukhairah.

Semalam, serbuan bersama-sama antara SPRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas 3,390 beg baja bernilai RM180,534.60 kerana didapati tidak mempunyai lesen sah menyimpan baja terbabit di sebuah kilang beras di Kampung Kebun Sayur Bakri. - UTUSAN ONLINE